KSSR & KBSR
KSSR
Bermula 2011, KSSR telah mula dilaksanakan bermula murid Tahun 1 dan akan disusuli pelaksanaannya bagi murid Tahun 2 pada 2012.
KSSR telah diperkenalkan bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. KSSR menekankan 3 elemen baru dalam merentas kurikulum iaitu Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan kursus-kursus kepada jurulatih-jurulatih utama di seluruh Negara bagi memastikan pelaksanaan KSSR tahun 2 2012 dapat dijalankan seperti yang dirancang.