Penambahan Pecahan (Bahagian 1)
Hasil Pembelajaran
- Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
- Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahan sama.
- Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.
MASIHKAH ADIK-ADIK INGAT?
terdapat 3 jenis PECAHAN
(pecahan wajar) (pecahan tak wajar) (nombor bercampur)
Nombor bercampur terdiri daripada:
pembelajaran pada hari ini tertumpu kepada PENAMBAHAN
lihat contoh-contoh di bawah:
nombor bercampur + nombor bulat
INGAT ADIK-ADIK!!
Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.
contohnya:
1 1/2 + 1 =1+1+1/2 = 2 1/2
nombor bercampur + pecahan wajar yang sama penyebut
TAHUKAH ADIK-ADIK?
1 1/4 + 1/4 = 1 2/4
namun begitu,
1 2/4 ialah SETARA dengan 1 1/2
..oleh itu..
jawapan adik-adik hendaklah ditulis dengan pecahan setara yang kecil
nombor bercampur + nombor bercampur (penyebut yang sama)
maka adik-adik,
TAMBAHKAN nombor bulat terlebih dahulu
kemudian,
barulah TAMBAHKAN pecahan
1 + 1 = 2
1/4 + 1/4 = 1/2
2 + 1/2 = 2 1/2
^ selamat mencuba adik-adik ^
JOM KITA CUBA
2 + 9/10 =
5/6 + 2 =
3/8 + 2 5/8 =
7 4/9 + 2/9 =
2 2/5 + 7 1/5 =
3 5/8 + 2 1/8 =
Banyak lagi latihan di SINI
Penambahan Pecahan (Bahagian 2)
HASIL PEMBELAJARAN
-Menambah nombor bercampur dan pecahan wajar yang penyebut pecahannya tidak sama.
-Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.
ADIK-ADIK SUDAH BERSEDIA?
masihkah adik-adik ingat pembelajaran pecahan yang lalu?
BAGUS!!
jika begitu, marilah kita menyambung pembelajaran kita dengan subtopik yang lain pula
mari kita mahirkan diri LAGI dengan tajuk
PENAMBAHAN PECAHAN
..namun..
kali ini kita akan belajar penambahan..
NOMBOR BERCAMPUR + PECAHAN WAJAR YANG PENYEBUTNYA TIDAK SAMA
ingat adik-adik PENYEBUT ialah TIDAK SAMA
jadi..
jadi..
faham tak adik-adik?
begini..
adik-adik..
untuk samakan penyebut,
adik-adik perlu tahu
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL
yang SAMA bagi kedua-dua pecahan..
selepas melakukan penambahan..
adik-adik jangan lupa untuk menukarkan pecahan tersebut kepada
PECAHAN SETARA yang TERKECIL..
seterusnya..
kita akan belajar penambahan
NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR YANG PENYEBUT PECAHAN TIDAK SAMA
sepertimana penambahan yang tadi..
kita perlu memastikan
kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur
mempunyai PENYEBUT yang SAMA
jom kita lihat contoh:
sama seperti penambahan sebelum ini..
adik-adik perlu mencari
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL
bagi kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur
kemudian..
barulah adik-adik tambahkan hasil kedua-dua nombor bercampur tersebut.
jangan lupa untuk memberikan nilai pecahan yang terkecil..
mari menguji kefahaman adik-adik!!
3 5/7 + 4/6
7/8 + 4 4/7
6 3/4 + 1 2/3
2 4/5 + 6 1/2
selamat mencuba adik-adik!!
Penambahan Pecahan (Bahagian 3)
HASIL PEMBELAJARAN
a) Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bercampur, nombor bulat
dan pecahan wajar.
b) Menambah tiga nombor bercampur
c) Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor
bercampur dalam situasi harian.
assalamualaikum
a) Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bercampur, nombor bulat
dan pecahan wajar.
b) Menambah tiga nombor bercampur
c) Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor
bercampur dalam situasi harian.
assalamualaikum
dan selamat sejahtera
ADIK-ADIK!!
~ moga sentiasa sihat, ya..
kali ini kita masih berada di bawah tajuk PENAMBAHAN
namun kali ini penambahan melibatkan 3 nombor
NOMBOR BULAT + NOMBOR BERCAMPUR + PECAHAN WAJAR
ok..
seterusnya
kita teruskan dengan penambahan
NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR
bagus adik-adik!!
sekarang adik-adik sudah mempelajari konsep penambahan..
untuk menguasai topik ini, adik perlu banyakkan membuat latihan
cuba adik-adik selesaikan soalan ini:
4 3/7 + 9/8 + 3 =
1/3 + 6 + 7 5/6 =
3 3/8 + 2 5/6 + 5 2/3 =
3 1/9 + 1 2/3 + 2 1/6 =
untuk banyakkan lagi latihan adik-adik sila klik SINI
adik-adik juga boleh cuba latihan yang terdapat di SINI
TAHUKAH ADIK-ADIK?
Penambahan pecahan boleh digunakan
dalam kehidupan kita sehari-hari.
sebagai contoh:
situasi 1
Segelas air mampu diisi sebanyak 250ml air. Aman, Adi dan Athirah masing-masing telah menggunakan cawan tersebut untuk minum. Aman telah menghabiskan kesemua air dan menambah sebanyak 1/2 lagi air yang dituang, Adi pula minum 1 2/3 air daripada cawan tersebut. Athirah pula hanya minum 1 1/4 air. Berapakah jumlah air dalam ml yang telah dihabiskan oleh mereka bertiga?
adik-adik perlu tahu!!
Aman - segelas dan 1/2 lagi = 1 1/2 x 250 ml
= 375 ml
Adi - 1 2/3 air = 1 2/3 x 250ml
= 416.67 ml
Athirah- 1 1/4 air = 1 1/4 x 250ml
= 312.5 ml
Jumlah air yang diminum:
= 375ml + 416.67ml + 312.5 ml
= 1104.17 ml
situasi 2
Ismail telah bercadang untuk membeli barang keperluannya di sekolah. Ibunya telah membekalkan wang sebanyak RM150 untuk kegunaannya itu. Di dalam perjalanan dia telah singgah ke kedai kasut. Di sana dia telah menghabiskan 1/2 daripada duit yang dibekalkan oleh ibunya untuk membeli sepasang kasut bola. Di kedai yang lain, dia telah menggunakan 1/5 daripada wang tadi untuk membeli beg sekolah dan 1 1/8 daripada harga beg sekolah tadi untuk buku dan alat-alat tulis. Berapakah duit yang telah dibelanjakan oleh Ismail?
KELUARKAN SEMUA KATA KUNCI
Jumlah duit yang dibekalkan = RM 150
HARGA BARANG YANG DIBELI
Kasut bola = 1/2 x RM150
= RM 75
Beg sekolah = 1/5 x RM 150
= RM 30
Buku dan alat-alat tulis = 1 1/8 x RM 30
= RM 33.75
Jumlah Perbelanjaan = kasut bola + beg sekolah + buku dan alat tulis
= RM 75 + RM 30 + RM 33.75
= RM 138.75
Mudahkan adik-adik...
jadi..
untuk lebih mahir..
banyakkanlah membuat latihan..
semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahami topik ini
Tips Penolakan Pecahan (Bahagian 2)
Penolakan pecahan daripada nombor bulat atau nombor bercampur ada cara-cara tertentu menyelesaikannya. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:
a) | Apabila menolak pecahan daripada 1, tukarkan nombor bulat kepada pecahan. Contoh: |
b) | Apabila menolak nombor bercampur yang mempunyai penyebut sama nilai, kekalkan penyebutnya dan tolakkan pengangkanya. Contoh: |
c) | Apabila kedua-dua pecahan adalah nombor bercampur, tolakkan nombor bulat terlebih dahulu. Kemudian tolakkan pecahan. Contoh: |
d) | Apabila menolak dua nombor bercampur, tolakkan nombor bulat dahulu kemudian tolakkan nombor pecahan. Jika penyebutnya tidak sama, tukarkan kepada pecahan setara. Contoh: |
e) | Apabila menolak dua nombor bercampur, tolakkan nombor bulat dahulu kemudian tolakkan nombor pecahan. Jika terpaksa mengumpul semula, lakukan mengumpul semula dengan mendapatkan nilai satu daripada nombor bulat. Contoh: |
f) | Jika menolak pecahan daripada nombor bulat, tukarkan nombor bulat kepada pecahan. Contoh: |
g) | Jika menolak nombor bercampur daripada nombor bulat, tukarkan nombor bulat kepada pecahan. Contoh: |
Operasi Bergabung Tambah dan Tolak Melibatkan Pecahan (bahagian 1)
HASIL PEMBELAJARAN
-Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya sama hingga 10.
- Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya tidak sama hingga 10.adik-adik sudah tentu masih ingat bukan?
PENAMBAHAN dan PENOLAKAN
pecahan
pembelajaran hari ini akan menggabungkan
kedua-dua operasi
TAMBAH dan TOLAK
kita lihat contoh untuk soalan yang melibatkan
NOMBOR BERCAMPUR , PENYEBUT PECAHAN SAMA
adik-adik
ketahuilah..
konsep operasi bergabung ini juga sama seperti
operasi tambah dan tolak..
kita asingkan nombor bulat dengan pecahan..
kemudian selesaikan satu-persatu..
( 2 + 3 - 1 ) + (2/5 + 1/5 - 2/5)
= (5 - 1) + ( 3/5 - 2/5)
= 4 1/5
MUDAH BUKAN??
seterusnya...kita akan belajar operasi bercampur lagi..
namun..
kali ini melibatkan
NOMBOR BERCAMPUR DAN PENYEBUTNYA TIDAK SAMA
sepertimana operasi tambah dan tolak,
pastikan penyebut pecahan sama terlebih dahulu
sebelum menolak mahupun menambah pecahan tersebut.
semoga adik-adik mudah memahami apa yang diajar~
Operasi Bergabung Tambah dan Tolak Melibatkan Pecahan (bahagian 2)
HASIL PEMBELAJARAN
-Menyelesaikan masalah operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur dalam situasi harian.
adik-adik...
-Menyelesaikan masalah operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur dalam situasi harian.
adik-adik...
tentu adik-adik masih ingatkan..
pecahan juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita..
tidak ketinggalan walaupun pecahan tersebut
terdiri daripada operasi
tambah dan tolak
jom kita lihat contoh
contoh :
Marina mempunyai sebalang guli yang berwarna-warni. Balang tersebut mengandungi 250 biji guli. Ayahnya telah memberikannya 1 1/5 daripada jumlah guli yang dia ada sebagai hadiah. Namun begitu, selepas bermain bersama rakannya dia mendapati gulinya hilang sebanyak 1 6/25 daripada jumlah yang asal. Berapakah jumlah guli yang dimilikinya sekarang?
Langkah pertama ialah keluarkan semua isi penting:
Jumlah asal guli = 250
Hadiah dari ayah = 1 1/5 x 250
= 300
Hilang = 1 6/25 x 250
= 310
Jumlah yang tinggal = jumlah asal guli + hadiah dari ayah - hilang
= 250 + 300 - 310
= 240
mudah bukan..
adik-adik..
jangan lupa ulangkaji, ya...
semoga dipermudahkan untuk memahami topik ini~
Operasi Melibatkan Pecahan Bercampur
Matematik adalah mudah sekiranya adik-adik dapat mengikuti langkah-langkah yang betul dalam proses penyelesaian.
Di bawah merupakan langkah-langkah bagi menambah pecahan bercampur (improper fractions).
Bagaimanakah untuk menambah nombor dibawah?
Ohhh.. ianya satu soalah yang sangat mudah!
Ini adalah contoh mudah.
Bagaimana pula jika operasi melibatkan nombor bercampur dikedua-dua bahagian?
Perkara inilah yang selalu menimbulkan masalah kepada adik-adik.
Contoh:
Langkah penyelesaian:
Tukarkan kedua-dua pecahan kepada pecahan tidak wajar
(improper fractions)
Perlu ambil perhatian.
Penambahan pecahan bercampur di atas melibatkan nombor penyebut yang berlainan.
Samakan penyebut.
Jangan lupa mendarabkan pengangka sama seperti penyebut.
Selesaikan
Jawapan
Jawapan akhir:
~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~